PENJELASAN:
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperjelaskan dakwaan bahawa kolam takungan air di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir adalah sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan mendapati tiada sarang pembiakan nyamuk aedes, dan hanya nyamuk jenis kacau-ganggu yang terdapat dalam tangki terbabit.
Menurutnya, kolam takungan air tersebut sentiasa diselenggarakan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes dan pihaknya turut menyediakan jadual bersiri untuk meletakkan serbuk abate bagi membunuh jentik-jentik di kolam berkenaan.