Tiket Bas Aidilfitri dari ‘Ulat Tiket’?

TULAR:
216

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan ulat tiket yang menawarkan tiket kepada kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing bersempena sambutan Aidilfitri.

Sumber gambar: Kosmo Online.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata mereka seharusnya membeli tiket daripada pengusaha berdaftar menerusi kaunter penjualan tiket yang dibenarkan sahaja, dan bukannya dari ‘ulat’ tiket bagi mengelak berlakunya penipuan dan caj harga tiket berlebihan.

“Di samping itu, pengguna perlu pastikan tiket bas dicetak dan bukannya ditulis dengan tangan,” katanya.

Menurutnya juga,“ Pihak SPAD akan menjalankan pemeriksaan bagi mengekang aktiviti ‘ulat’ sempena musim perayaan ini di seluruh semenanjung dengan memberi tumpuan kepada terminal-terminal bas terpilih.

SUMBER :

Astro Awani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI