Pelbagai Makanan Untuk Haiwan Bersumberkan Bahan Tidak Halal?

TULAR:
3201

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperjelaskan isu status halal pelbagai makanan untuk haiwan dari sumber yang tidak halal, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal Jakim, sehingga kini Jakim tidak pernah memberi sebarang pengesahan halal kepada produk makanan haiwan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui Seksyen Quarantine Import Export (SQIE) menegaskan bahawa tiada penggunaan enzim babi dalam sumber protein makanan haiwan seperti yang disebarkan. Sumber protein yang digunakan adalah berpunca daripada bovine (lembu) dan poultry (unggas).

Sehubungan itu, pengguna tidak perlu meragui akan produk ayam keluaran industri yang telah mendapat pengesahan Halal Malaysia.

SUMBER :

Facebook Bahagian Halal Hab Jakim


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI