Tawaran Baucar Dan Hadiah Oleh Pihak MCMC Kepada Para Pengguna?

TULAR:
905

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran “Ganjaran Keahlian” berupa baucar membeli belah dan hadiah yang kononnya ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sumber gambar: WhatsApp

Tawaran “Ganjaran Keahlian” tersebut adalah palsu. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak ada menawarkan baucar dan hadiah sepertimana yang disebutkan. Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran tersebut yang merupakan cubaan pihak tertentu untuk menipu para pengguna.

Orang ramai juga boleh melaporkan sebarang tawaran yang mencurigakan yang diterima secara atas talian, kepada pihak MCMC di:

Talian Aduan : 1800 – 188 – 030
Faksimili : 03 – 8688 1000
Whatsapp: 016 – 2206 262
Emel: [email protected]
Laman Web: https://aduan.skmm.gov.my

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI