Mi Segera Ramyeon Samyang Dari Korea Tidak Halal?

TULAR:
32206

PALSU:

Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya ramuan makanan mi segera Ramyeon Samyang daripada Korea dikhuatiri tidak halal.

Versi Terkini. Tular: September 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: September 2017

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular : Mei 2016

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan berkenaan isu tular mi segera Ramyeon Samyang pernah dijelaskan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 13 Jun 2016 yang lalu.

JAKIM menyatakan status HALAL mi Segera Ramyeon Samyang diragui kerana menggunakan mesin yang sama dengan produk tidak halal adalah tidak benar.

Menurut JAKIM, produk tersebut merupakan pemegang Sijil Halal dari Korean Muslim Federation (KMF) yang merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Negara Korea Selatan.

 SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (1)

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (2)

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI