Projek Forest City Tidak Beri Sumbangan Kepada Johor, Dan Negara?

TULAR:
1138

PENJELASAN:

Kerajaan Johor memperjelaskan dakwaan bahawa projek Forest City menyumbang terhadap pembangunan Johor dan negara, malahan turut membawa masuk 700,000 orang asing untuk memiliki hartanah di kawasan tersebut.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menafikan projek Forest City tidak menyumbang kepada pembangunan Johor dan negara, sebaliknya, sebanyak kira-kira RM630 juta diterima kerajaan negeri dalam cukai dan premium tanah, termasuk pembayaran dividen sebanyak RM30 juta daripada projek Forest City, selain kerajaan Persekutuan pula menerima cukai sebanyak RM309 juta termasuk cukai korporat, yuran dan levi.

“Berkenaan 700,000 penduduk warga asing akan tinggal di Forest City, anggaran ini tidak merujuk kepada warga asing khususnya dari China sahaja tetapi penduduk tempatan juga termasuk pelancong, profesional dan pelajar dalam tempoh 25 tahun akan datang apabila projek itu selesai.”

Osman menambah, pemaju projek berkenaan, Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV) juga telah menganugerahkan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada 150 kontraktor tempatan dan menggunakan 80% pekerja tempatan dari 1,545 pekerja, selain membayar cukai pendapatan berjumlah RM51 juta.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI