Tawaran Diskaun Saman JPJ & PDRM Sehingga 50% Adalah Tidak Benar

TULAR:
2966

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengesan satu (1) iklan mempromosikan tawaran 50% diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM melalui aplikasi WhatsApp. Iklan tersebut memaparkan nilai kadar saman dan jumlah bayaran diskaun serta tawaran sehingga 20 Julai 2022. Orang ramai yang berminat boleh berhubung dengan individu melalui nombor telefon yang disertakan sekiranya ingin berurusan lanjut.

PDRM mengesahkan iklan promosi tawaran saman tersebut adalah palsu dan sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan.

Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut, diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan. Masyarakat juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang berita terutamanya mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM
Facebook Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI