Penjelasan YAB PM Berkenaan Minyak Masak Paket Yang Digunakan Penjaja Goreng Pisang

TULAR:
1704

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (YAB PM) Menjelaskan:

“Ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.

Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.
Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini”

SUMBER:

Facebook Rasmi YAB PM
Twitter Rasmi Berita RTM
BERNAMA
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI