Iklan Jualan Keahlian Dan Lambang Ahli Kehormat Persatuan Bekas Polis Malaysia Adalah Tidak Benar

TULAR:
950

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM telah mengesan satu (1) iklan di media sosial yang mempromosikan jualan keahlian dan lambang (crest) ahli kehormat Persatuan Bekas Polis Malaysia. Menurut posting berkenaan, ahli yang menggunakan lambang tersebut akan diberikan keistimewaan seperti perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 bagi 10 kilometer, pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap dan tiada tindakan oleh pihak berkuasa sekiranya memandu dalam keadaan mabuk serta merupakan simbol prestij jika digunakan. Orang ramai yang berminat, diminta menghubungi seorang individu yang mana nombor telefon miliknya tertera dalam iklan tersebut.

PDRM mengesahkan tawaran iklan berkenaan adalah palsu dan sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan iklan tersebut. Tiada sebarang kelebihan sedemikian yang wujud atau ditawarkan kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI