Penjelasan Berhubung Kekeliruan Larangan Pengisian Minyak Petrol Dan Diesel Di Stesen Minyak

TULAR:
1571

Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP):

KPDNHEP mengambil maklum laporan yang telah dikeluarkan oleh media arus perdana dan di laman sosial berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

2.            Di bawah peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen di bawah Akta terbabit bagi membolehkan stesen minyak berkenaan berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel. Antara syarat yang telah ditetapkan di bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kecuali:-

i.             Tangki asal kenderaan berkenaan atau yang telah diluluskan oleh agensi berkaitan; dan

ii.            Mana-mana pihak yang mendapat kebenaran daripada pihak KPDNHEP di bawah peruntukan undang-undang AKB 1961.

3.            Bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, mana-mana syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan persendirian adalah dibenarkan dengan syarat perlu memohon Permit Khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

4.            Walaubagaimanapun, keperluan Permit Khas ini adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja manakala mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan Permit Khas.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPDNHEP
Twitter Rasmi KPDNHEP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI