SEBENARNYA:
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Dakwaan yang tular mengatakan 30 banduan berjaya melarikan diri dari penjara Sungai Udang, adalah palsu.
Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, perkara itu juga telah disahkan oleh Penguasa Penjara, Superintenden Mohd Saizi Ibrahim.
Beliau berkata, sehubungan itu, anggota Penjara Sungai Udang juga akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tular yang mengatakan 30 banduan mereka berjaya melarikan diri.
Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang hanya boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM
Facebook Rasmi Polis Melaka Tengah