SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Institut Kanser Negara (IKN):
Pihak Institut Kanser Negera (IKN) memandang berat tawaran yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu berkaitan caj rawatan di IKN yang turut menyebarkan nama Pengarah IKN iaitu Dr. Asmayani binti Khalib dan contact details IKN.
Pihak IKN menegaskan bahawa tawaran tersebut adalah palsu dan tidak berasas. Setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat. Maklumat berkaitan caj rawatan boleh diperoleh di laman web IKN: http://nci.moh.gov.my/.
SUMBER:
Laman Sesawang Rasmi IKN
Facebook Rasmi IKN