Tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Dikeluarkan Oleh JAKIM Bagi Produk Kewangan

TULAR:
1795

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Penjelasan Isu Status Sijil Halal Produk Kewangan

Pihak kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap produk kewangan iaitu Wang Kripto, Bitcoin dan Forex.

Untuk makluman, JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi mana-mana produk kewangan. Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.

Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM.

Berikut kami sertakan pautan panduan bagi mengisi aduan:-https://www.facebook.com/…/a.742651382…/828409293985012/

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM
Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI