PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononnya Institut Kanser Negara (IKN) sedang membuat tawaran bagi rawatan di institut tersebut.
SEBENARNYA :
Pihak IKN menegaskan bahawa tawaran tersebut adalah palsu dan tidak berasas.
Menurut IKN, setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat. Maklumat berkaitan caj rawatan boleh diperoleh di laman web rasmi IKN.
SUMBER :
Kementerian Kesihatan Malaysia