
Kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan akan berakhir jam 12 tengah malam, 1 Januari 2018.
Pemansuhan kutipan tol di dua lokasi terbabit diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2018.
Sebelum ini, pengguna perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau manakala RM1.10 untuk Tol Batu Tiga.
SUMBER:
Berita Harian
RALAT (31 Disember 2017): Pembetulan bagi artikel ini, kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhkan mulai 1 Januari 2018.