WASPADA :
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penjualan telefon bimbit berjenama terkenal dengan harga yang murah yang dijual secara atas talian.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), golongan terutamanya remaja/para pelajar adalah sasaran utama bagi mengaut keuntungan, dengan modus operandi seperti penawaran telefon bimbit dengan harga yang paling murah di dalam platform atas talian.
Mangsa yang kemudiannya mempercayai tawaran suspek akan terus membuat pesanan dan bayaran pendahuluan yang mana akhirnya berasa ditipu apabila barang yang dipesan tidak diperolehi dan suspek gagal dihubungi.
PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran harga telefon pintar yang dijual terlalu murah sehingga tidak masuk akal, membuat kajian/semakan dahulu terhadap penjual produk tersebut dan adalah digalakkan supaya pengguna berjumpa dahulu dengan penjual produk semasa proses pembelian.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia