Bekalan Minyak Masak Di Kedah Tidak Mencukupi?

TULAR:
614
Sumber gambar :

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kekurangan bekalan minyak masak di Kedah sepertimana yang hangat diperkatakan.

 

Sumber gambar: Berita Harian

Menurut KPDNKK Kedah, bukan semua peruncit berdepan dengan masalah itu dan selebihnya masih mempunyai bekalan dan cukup untuk keperluan pengguna.

Pembelian panik oleh peniaga kecil dan pemilik restoran menyebabkan bekalan minyak masak bersubsidi paket 1kg di negeri ini berkurangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah, Chin Ching Chung berkata “pemeriksaan yang kita buat mendapati keadaan semakin pulih apabila terdapat 700 kg minyak masak bersubsidi dijual sebuah pasaraya di sini dan kedai-kedai runcit lain juga telah mula mendapat bekalan. Pembelian berlebihan oleh peniaga kecil yang bimbang dengan bekalan mereka terutama menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi. ”

SUMBER :

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI