PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat telur ikan beracun di perairan Malaysia.
SEBENARNYA:
Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Institut Penyelidikan Kesihatan Ikan (NaFISH), dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyiasat kesahihan maklumat seperti yang ditularkan. NaFISH telah melalui perbincangan awal bersama Jabatan Perikanan Sabah, FRI Bintawa dan unit makmal Biosekuriti negeri-negeri untuk melakukan pra-pemeriksaan sampel ikan di lokasi-lokasi yang mempunyai musim ikan tamban.
Menurut DOF, hasil dari pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak biosekuriti negeri-negeri dan juga NaFISH mendapati tiada penemuan ikan seperti yang ditularkan dalam negara.
SUMBER:
Facebook Jabatan Perikanan Malaysia
Twitter Jabatan Perikanan Malaysia