Perjanjian Konsesi Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau Tamat 2018?

TULAR:
685

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa konsesi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat pada tahun 2018 tanpa perlu sebarang pemansuhan tol seperti yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan perjanjian konsesi yang disemak semula pada 2011, kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2038 dan bukannya 2018.

PLUS berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018, bermakna pemansuhan kutipan tol berkuat kuasa 1 Januari 2018 di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau itu ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada perjanjian konsesi berkenaan.

SUMBER :

PLUS Malaysia Berhad
Bernama
Berita Harian
New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI