PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat 2000 kekosongan untuk penggantian jemaah haji tahun 2018 kesan pembatalan terhadap sesetengah jemaah haji, sepertimana yang tular di media sosial.
SEBENARNYA :
Menurut Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan, maklumat berkenaan penggantian jemaah haji akibat pembatalan sesetengah jemaah yang disebarkan tersebut adalah palsu.