Parlimen Hidangkan Menu Mewah Kepada Anggota Parlimen?

TULAR:
474

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Parlimen Malaysia telah menghidangkan makanan mewah kepada anggota-anggota parlimen.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Menurut Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed, Parlimen Malaysia tidak menyediakan menu sajian mewah kepada Anggota Parlimen pada perasmian pembukaan Persidangan Parlimen ke-14 semalam.

“Parlimen tidak pernah berbelanja mewah untuk tujuan tersebut. Perbelanjaan adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan. Kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu namun Parlimen hanya meluluskan RM50 untuk seorang bagi tujuan tersebut, di mana jumlah keseluruhan kos hidangan meja utama seramai lapan orang tetamu adalah RM400.”

Menu daging wagyu yang telah ditularkan itu merupakan menu tambahan yang disediakan pihak katerer bagi meraikan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu dan bukan dipesan oleh pihak pengurusan Parlimen Malaysia.

Sumber:

Sinar Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI