Harga Barangan Akan Meningkat Berikutan Perlaksanaan Cukai SST?

TULAR:
393

PENJELASAN:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperjelaskan dakwaan bahawa harga barang akan naik selepas perlaksanaan cukai SST, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam berkata, melalui SST, jumlah barangan dikenakan cukai akan berkurangan berbanding pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Majoriti barangan akan dikecualikan cukai dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula, 1 September 2018

“Pelaksanaan SST jauh lebih mudah daripada GST. Jika sebelum ini kita berjaya melaksanakan GST, maka tiada sebab untuk kita tidak dapat melaksanakan SST. Majoriti barangan akan dikenakan cukai pada kadar sifar, manakala sebahagiannya pula lima dan 10 peratus.”

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI