PENJELASAN :
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat dokumen yang dilupuskan di bangunan kementerian berkenaan.
Menurut Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, dakwaan bahawa terdapat dokumen dilupuskan di bangunan KKKM adalah tidak benar.
Sharifah Zarah menegaskan, beliau memandang serius jika terdapat ketidakpatuhan peraturan dilakukan oleh mana-mana pegawai berkaitan perkara berkenaan. Malah, katanya, sebaik kembali daripada menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau terus mengadakan mesyuarat dengan semua pegawai pengurusan tertinggi KKMM.
“Salah satu arahan tegas saya adalah supaya semua warga KKMM dilarang sama sekali memusnahkan atau membawa keluar sebarang dokumen rasmi dari premis kementerian.”
SUMBER :