Terdapat Jarum Dalam Buah Strawberi Keluaran Negara Australia?

TULAR:
561

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berhubung kejadian jarum dalam buah Strawberi segar keluaran Negara Australia.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi KKM:

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah mengenakan pemeriksaan ke atas semua strawberi segar yang diimport daripada Australia di semua pintu masuk negara. Di samping itu, Pihak Berkuasa Australia memberi jaminan bahawa berkuatkuasa 19 September 2018, produk tersebut yang akan dieksport dari Australia bebas dari pencemaran logam melalui pengeluaran Perakuan Permit (Request for Permit – RFPs) kepada pengeksport. Dalam hal ini, KKM bekerjasama rapat dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia berkaitan isu ini.

Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI