PENJELASAN:
Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat letupan di lokasi belakang bangunan Wisma CKH di Metrocity Matang sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Masyarakat diseru tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan bunyi letupan yang disahkan mercun di lokasi belakang bangunan Wisma CKH di Metrocity Matang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, bunyi tersebut yang didengari pihak pengawal keselamatan sekitar awal petang .
“Bunyi letupan itu daripada mercun biasa yang disyaki dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sekitar tempat tong pembuangan sampah.”