Kakitangan PUSPAKOM Terlibat Sindiket Penipuan Tuntutan Insurans?

TULAR:
382

PENJELASAN:

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) memperjelaskan dakwaan bahawa kakitangannya terbabit sindiket penipuan tuntutan insurans kenderaan.

Sumber gambar : NST

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, PUSPAKOM menafikan kakitangannya terbabit sindiket penipuan tuntutan insurans kenderaan membabitkan kerugian RM2.9 juta sejak 2016 yang ditumpaskan polis selepas menahan 10 lelaki dalam Ops Lejang Piam 2018 pada pertengahan Mac 2018.

Berdasarkan siasatan dan semakan pihaknya, tiada kakitangan syarikat itu ditahan, disiasat atau terbukti terbabit dalam sindiket berkenaan. 10 individu yang ditahan polis berhubung kes itu tidak membabitkan kakitangan PUSPAKOM dan pihaknya menafikan sebarang pembabitan dalam proses ‘inter-agensi’ sindiket penipuan tuntutan insurans berkenaan.

“Semua pelaksanaan aktiviti pemeriksaan kenderaan dijalankan di PUSPAKOM seperti pemeriksaan khas, pemeriksaan tukar hak milik dan pemeriksaan sewa beli membabitkan kenderaan persendirian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta mempunyai piawaian pemeriksaan berbeza mengikut jenis pemeriksaan dijalankan.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI