PALSU:
Tular di aplikasi Whatsapp satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat kes koronavirus di Hospital Ampang.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Berhubung satu mesej dan video tular dalam aplikasi Whatsapp yang mengatakan bahawa terdapat kes koronavirus di Hospital Ampang. KKM ingin menafikan perkara ini.
Untuk memaklumkan, pada 31 Januari 2020, Hospital Ampang telah menjalankan simulasi MERS-CoV. Hospital Ampang merupakan hospital rujukan untuk kes yang disyaki dijangkiti MERS-CoV dari Arab Saudi.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia