Terdapat Pihak Ketiga Pengaruhi Bicara Kes Jong-Nam?

TULAR:
224

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan Korea Utara mendesak untuk mencampuri urusan perundangan negara dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada. Kerajaan tidak menerima sebarang bentuk desakan dari kerajaan Korea Utara untuk turut campur dalam proses perundangan negara berkaitan kes itu.

SUMBER: 

Utusan Online

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI