PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat beberapa premis disenaraikan sebagai tidak halal dan mendakwa logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajua Islam Malaysia (JAKIM) tersebut adalah palsu.
SEBENARNYA:
Menurut Bahagian Hab Halal, JAKIM, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana terdapat premis-premis makanan berkenaan yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Perlu diketahui bahawa prosedur SPHM melalui proses semakan yang teliti bagi memastikan produk atau premis makanan tersebut Halalan Toyyiban serta disusuli dengan pemantauan berkala.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
SUMBER:
Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM