Gula-Gula White Rabbit Mengandungi DNA Babi?

TULAR:
6041

PENJELASAN:

Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama memperjelaskan dakwaan bahawa gula-gula White Rabbit mengandungi DNA babi.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama,  Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.

Menurut beliau, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jelas beliau, ujian mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal. Beliau juga menasihatkan pengguna khususnya beragama Islam memastikan tanda halal sebelum membeli apa jua produk.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI