PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat program pemberian dokumen kepada warga Filipina di Dewan Baru Beaufort, Sabah.
SEBENARNYA:
Menurut Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah:
Dakwaan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK ADA sebarang pengeluaran apa-apa dokumen dari pihak Malaysia.
Berdasarkan kepada gambar yang dieksploitasi, sebenarnya pihak Kedutaan Filipina dan Philippine Statistics Authority (PSA) sedang melaksanakan program Perkhidmatan Konsular Bergerak di Dewan Datuk Mohd Dun Banir yang terletak di Beaufort Sabah, Malaysia. Tujuan program tersebut dilaksanakan adalah seperti berikut:
i) membuat pendaftaran/pembaharuan pasport Filipina/pasport Filipina hampir tamat tempoh/kehilangan pasport Filipina secara sah bagi warga Filipina yang bekerja di Sabah, Malaysia; dan
ii) mengemaskini maklumat pendaftaran lain seperti kad pengenalan Filipina dan Sijil Lahir Filipina sahaja.
Kehadiran peniaga-peniaga haram di sekitar tempat kejadian yang bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalulintas tetapi pembuangan sampah di kawasan sekitar.
SUMBER:
Facebook Rasmi Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah