Waspada Emel Dan Laman Sesawang Yang Menyalahgunakan Nama YAB Perdana Menteri

TULAR:
1125

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pihak tertentu yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad melalui emel dan laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

Menurut kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM):

Pejabat Perdana Menteri ingin merujuk kepada dua insiden di mana nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah disalahguna oleh pihak tertentu dan telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.


1. Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan demi mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau. Sebarang bentuk komunikasi rasmi dari Perdana Menteri akan hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, dan bukannya dari e-mel peribadi beliau.


2. Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

SUMBER:

Laman Rasmi Jabatan Perdana Menteri

Twitter Rasmi Tun Dr. Mahathir


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI