Waspada Dalam Menyebarkan Rakaman Video Buli Sekumpulan Pelajar Terhadap Seorang Pelajar

TULAR:
1122

WASPADA:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain, yang berpotensi untuk menyemarakkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat.

Sumber gambar: Facebook

Sebaliknya, orang ramai diminta untuk segera melaporkan kewujudan rakaman video tersebut kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dalam menyebarkan atau memberi komen terhadap mana-mana kandungan di laman sosial sama ada berupa video, gambar mahupun tulisan. Penyebaran atau sikap memberi komen ke atas kandungan yang tidak sahih bukan sahaja boleh mewujudkan kekeliruan awam tetapi juga dikhuatiri menggangu-gugat keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI