WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket yang menipu orang ramai berkaitan urusan jual beli atau sewaan rumah dan bilik secara atas talian.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), kebanyakan mangsa terdiri daripada mereka yang suka meletakkan nama dan nombor telefon peribadi masing-masing di laman sosial bagi tujuan tersebut.
Kesempatan ini akan digunakan oleh sindiket untuk memerangkap mangsa bagi mendapatkan wang secara salah.
Modus Operandi (M.O):
– Suspek akan mencari mangsa melalui laman media sosial yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik sewa.
– Suspek akan cuba menghubungi mangsa melalui nombor telefon yang ditinggalkan di laman sosial terbabit.
– Suspek akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada mangsa dan mengaku sedang mencari pembeli rumah atau penyewa bilik.
– Mangsa akan dikehendaki membayar deposit.
– Butiran lengkap rumah beserta alamat diberikan untuk meyakinkan mangsa selain dari beberapa gambar dan surat perjanjian jual beli atau sewa yang dikirim melalui emel.
– Suspek juga memberikan nombor telefon palsu yang kononnya
merupakan milik penghuni ataupun bekas penghuni di rumah atau bilik sewa terbabit untuk dihubungi mangsa.