PENJELASAN :
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperjelaskan laporan bahawa terdapat soalan bersifat politik dalam ujian biasiswa JPA sepertimana yang dilaporkan media.
JPA menjelaskan isu mengenai soalan politik di dalam ujian biasiswa JPA adalah tidak berbangkit.
JPA dalam kenyataannya berkata, calon yang ingin memohon penajaan JPA perlu menjalani ujian Psikometrik sebagai proses penapisan kelayakan untuk mendapatkan tajaan.
Soalan-soalan yang disediakan tidak bersifat politik, perkauman atau menyentuh isu-isu yang sensitif seperti yang didakwa. Soalan-soalan yang disediakan meliputi penilaian jati diri dan semangat cintakan negara.