SPAD, JASA, MPN Dan JKKKP Dibubarkan?

TULAR:
1509

PENJELASAN:

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperjelaskan laporan bahawa Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dibubarkan.

Sumber Gambar :MStar

Mengulas mengenai pembubaran MPN, Tun Dr Mahathir berkata, didapati banyak unsur-unsur politik mempengaruhi majlis berkenaan sehingga dipergunakan oleh pentadbiran dahulu.

“Mulanya ia (MPN) satu badan yang kita guna untuk dapatkan maklumat daripada orang yang ada pengetahuan tinggi. Tapi akhir-akhir ini ia banyak unsur politik, justeru kita tidak mahu repeat amalan tidak baik itu. Sama ada ditubuhkan bentuk lain belum pastikan.”

Mengenai pembubaran SPAD pula, Dr Mahathir memaklumkan, tugas-tugas suruhanjaya itu akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.

Selain itu, katanya, JASA dan JKKP dibubarkan kerana ia berunsur politik. “JKKP akan digugurkan kerana ia banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk jalankan tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP kerana kita tidak ingin amalkan politik seperti kerajaan terdahulu.”

SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI