Waspada Tawaran Membebaskan Tertuduh Di Mahkamah Dengan Bayaran Tertentu

TULAR:
472

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan pihak yang mendakwa mampu membebaskan seseorang dari tuduhan di mahkamah dengan bayaran tertentu.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Sinar Harian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, seorang jurujual kerugian sebanyak RM3,500 selepas diperdaya dua suspek, seorang wanita dan lelaki yang menawarkan bantuan pembebasan sepupu mangsa daripada tuduhan dadah di Mahkamah Kuantan.

Mangsa dimaklumkan salah seorang suspek bahawa suaminya, seorang anggota polis dan boleh membantu untuk membebaskan sepupunya dengan bayaran sebanyak RM3,500. Selepas beberapa pertemuan bermula 9 Mac dan terakhir pada 18 Mei iaitu ketika wang diserahkan, suspek lelaki berusia 36 tahun memaklumkan sepupu mangsa akan dibebaskan 21 Mei 2018.

Menurut Mohd. Wazir, ketika di mahkamah pada 21 Mei 2018, kedua-dua suspek tidak hadir dengan alasan berkursus di Putrajaya dan mangsa kemudian menyedari telah ditipu, dan bertindak melaporkannya kepada polis.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI