Terdapat Laman Sesawang Bagi Membuat Tempahan Untuk Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh?

TULAR:
829

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat laman sesawang yang kononnya menyediakan kemudahan membuat tempahan untuk Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) yang mengenakan caj RM10.60 untuk membuat tempahan temujanji perkhidmatan itu.

Sumber gambar: myfpp.com.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, laman sesawang yang kononnya menyediakan kemudahan membuat tempahan untuk FPP adalah palsu.

Kementerian tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan laman sesawang bagi menyediakan kemudahan membuat tempahan FPP termasuklah menggunakan logo Kementerian Kesihatan.

“Sekiranya orang awam menerima sebarang risalah atau Whatsapp mengenai perkhidmatan ini, dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis dengan segera.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI