Kerajaan Tidak Akan Teruskan Program NFC?

TULAR:
516

PENJELASAN :

Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Salahuddin Ayub memperjelaskan dakwaan bahawa projek National Feedlot Corporation (NFC) tidak akan diteruskan oleh kerajaan baharu sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, kementerian akan mencadangkan memorandum menyambung semula projek National Feedlot Corporation (NFC) kepada Kabinet.

Projek NFC itu akan diteruskan atau dijenamakan semula yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan dengan projek terdahulu. Penyambungan itu juga berupaya melahirkan kumpulan usahawan muda yang berpotensi untuk menjadi penternak.

“Saya harus menjadi seorang yang lebih objektif. Kita datang bukan untuk berdendam tetapi saya melihat matlamat NFC ini bagus dan murni.”

SUMBER :
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI