YB Menteri Pendidikan Keluarkan Kenyataan Berkenaan 27 Perkara Harapan Menteri Pendidikan?

TULAR:
1765

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya YB Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan berkenaan 27 perkara Harapan Menteri Pendidikan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan KPM:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan Harapan Menteri Pendidikan seperti yang tular di media sosial.

YB Dr. Maszlee Malik dalam akaun Facebook beliau turut menafikan beliau pernah mengeluarkan 27 perkara berkaitan Harapan Menteri Pendidikan seperti yang ditularkan.

Dalam pada itu YB Dr. Maszlee Malik turut menyatakan sebarang perubahan dasar pendidikan perlu melalui perbincangan di peringkat kementerian. Di samping itu, beliau turut meminta agar masyarakat sentiasa berhati-hati dalam mendapatkan maklumat yang tiada kesahihan sumber berita.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan

Facebook Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI