Waspada Kes Demam Denggi Menular Di Bintulu, Sarawak

TULAR:
635

WASPADA :

Orang ramai khususnya warga Bintulu, Sarawak dinasihatkan agar berhati-hati dengan wabak demam denggi dan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Aedes Awareness

Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan sebanyak 48 kes positif demam campak dilaporkan di Bintulu sejak 13 April hingga Isnin (21 Mei) lepas.

Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim berkata, 19 daripadanya adalah kes wabak manakala 29 adalah kes sporadik dan wabak ini melibatkan lapan kawasan yang terdiri daripada taman perumahan, penempatan pekerja kilang papan dan tadika.

Beliau berkata hingga kini, seramai 22,414 individu telah diperiksa dan 675 daripadanya telah diberi suntikan vaksin di kawasan wabak di samping sebuah tadika telah diarahkan tutup seminggu hingga Isnin (21 Mei).

Dr Jamilah turut menasihati mana-mana individu yang mengalami gejala demam campak seperti demam, ruam, batuk, selesema atau mata merah berair (konjuntivitis) untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

SUMBER :

Utusan Borneo

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI