Terdapat Surat Yang Menggunakan Nama Ketua Pengarah Kerja Raya Bagi Mendapatkan Tajaan Tabung Kebajikan Untuk Kakitangan KKR Malaysia?

TULAR:
2214

PALSU:

Tular di media sosial sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia, dan menggunakan nama Ketua Pengarah Kerja Raya untuk mendapatkan tajaan bagi tabung kebajikan untuk kakitangan Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin menegaskan bahawa surat yang sedang tular seperti yang dilampirkan merupakan surat palsu dan pihak JKR menafikan keseluruhan isi kandungan surat tersebut.

Surat yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia telah menggunakan nama Ketua Pengarah Kerja Raya untuk mendapatkan tajaan bagi tabung kebajikan untuk kakitangan Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Adalah ditegaskan bahawa Ketua Pengarah Kerja Raya dan JKR tidak pernah memberikan atau memohon sesiapa untuk memberikan derma kepada tabung kebajikan tersebut.

Oleh yang demikian, surat palsu ini adalah rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab dan JKR menafikan sebarang hubungan dengan pihak -pihak yang dinyatakan dalam surat tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKR

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI