Bekalan Ubat Hepatitis C Di Hospital Kerajaan Makin Berkurangan?

TULAR:
552

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berhubung bekalan ubat Hepatitis C di hospital-hospital kerajaan yang kian berkurangan.

Screen Shot 2018-10-25 at 12.48.08.png
Gambar hiasan. Sumber: kpkesihatan.com

Menurut kenyataan rasmi KKM:

Sebagai makluman, rawatan terkini penyakit Hepatitis C ini adalah kombinasi dua jenis ubat iaitu Direct Acting Antivirals (DAAs) Tablet Sofosbuvir 400mg dan Tablet Daclatasvir 60mg.

Stok semasa Tablet Sofosbuvir 400mg adalah mencukupi untuk semua pesakit manakala stok Tablet Daclastavir 60mg adalah terhad buat masa ini. KKM telah mengambil langkah untuk mengagihkan semula stok ke hospital-hospital yang memerlukan bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat kepada semua pesakit.

Bekalan stok Tablet Daclastavir 60mg dijangka akan tiba pada minggu pertama November 2018 untuk merawat pesakit baru yang memulakan rawatan. Sementara itu, bekalan ubat untuk pesakit yang telah menerima rawatan adalah mencukupi.

KKM memberi jaminan akan meneruskan rawatan bagi penyakit  Hepatitis C dan sentiasa proaktif untuk memastikan pesakit sentiasa mendapat rawatan yang sewajarnya selaras dengan sasaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membasmi penyakit Hepatitis C menjelang 2030.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI