PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat unsur jenayah keatas kematian anggota sukarelawan Perhilitan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris, Empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Besut ditahan polis pada Rabu bagi membantu siasatan susulan kematian sukarelawan Perhilitan akibat terkena letupan senapang patah pada Selasa.
Difahamkan mereka membawa senjata jenis ‘Baretta Auto Loaded’ ke dalam hutan dan kemudian meletakkan senjata tersebut di dalam kenderaan Hilux secara menegak yang dinaiki mereka sejurus selepas menembak seekor babi hutan yang dijumpai mereka dalam perjalanan.
Beliau menjelaskan, “Bagaimana pun pada kira-kira pukul 11.55 malam, senjata tersebut meletup secara tiba-tiba semasa kenderaan tersebut bergerak lalu terkena mangsa yang berdiri di bahagian belakang kenderaan tersebut. Peluru tersebut mengenai dada dan lengan mangsa, bagaimanapun rakan mangsa yang lain termasuk yang berdiri di sebelahnya tidak mengalami apa-apa kecederaan.”