Produk Marjerin Di Pasaran Hong Kong Yang Dikesan Mengandungi Glycidol Dan 3-MCPD Berkemungkinan Menyebabkan Kanser?

TULAR:
1327

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa terdapat 18 jenama marjerin di pasaran Hong Kong mengandungi glycidol (epoxy propanol) dan 16 jenama marjerin dikesan mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser, sepertimana yang dilaporkan oleh media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi KKM:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan portal dalam talian bertajuk “Shocking analysis reveals a causing substances in these brands of margarine” melalui pautan https://www.worldofbuzz.com/shocking-analysis-reveals-cancer-causing-substances-in-these-18-brands-of-butter/ pada 16 April 2018. Akhbar tersebut melaporkan pihak Hong Kong Consumer Council mendapati 18 jenama marjerin di pasaran Hong Kong mengandungi glycidol (epoxy propanol) dan 16 jenama marjerin pula dikesan mengandungi 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan kandungan glycidyl esters (GE) dan 3-MCPD esters ke atas beberapa produk marjerin di Malaysia. Hasil pemantauan mendapati kadar pendedahan pengguna di Malaysia terhadap GE dan 3-MCPD esters melalui pengambilan marjerin adalah rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat saintifik yang jelas mengenai peratus kandungan GE dalam makanan yang boleh bertukar kepada glycidol di dalam usus. Glycidol merupakan bahan yang terhasil dari penguraian GE di dalam usus. GE adalah sejenis bahan cemar yang dikesan dalam semua jenis minyak dan lemak sayuran yang terhasil semasa proses penapisan pada suhu tinggi yang melebihi 240°C.

SUMBER:

Portal Rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI