LHDNM Keluar Surat Kepada Pihak Pengurusan Beberapa Buah Sekolah Antarabangsa Bagi Kemukakan Maklumat Ibu Bapa Pelajar?

TULAR:
881

PENJELASAN:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) memperjelaskan lebih lanjut berhubung surat yang dikeluarkan oleh pihak LHDNM kepada pihak pengurusan beberapa buah sekolah antarabangsa dalam mengemukakan maklumat yang relevan berkaitan ibu bapa pelajar sekolah-sekolah terbabit kepada LHDNM, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: OutSyedTheBox

LHDNM mengesahkan pernah mengeluarkan surat kepada pihak pengurusan beberapa buah sekolah antarabangsa. Kandungan surat itu adalah bagi meminta pengurusan sekolah-sekolah itu mengemukakan maklumat yang relevan berkaitan ibu bapa pelajar sekolah-sekolah itu kepada LHDNM.

“Permintaan maklumat tersebut adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Ia merupakan prosedur rutin yang dilaksanakan oleh LHDNM bagi tujuan mempromosikan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan risiko ketirisan cukai dan memastikan sistem percukaian sentiasa dipelihara.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI