Penganjuran ‘Kluang Car Free Day’ Jejaskan Peniaga Di Kawasan Terlibat?

TULAR:
264

PENJELASAN:

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperjelaskan dakwaan bahawa penganjuran Kluang Car Free Day menjejaskan peniaga di kawasan terlibat, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber Gambar : Facebook

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  menyangkal dakwaan penganjuran Kluang Car Free Day menjejaskan peniaga di kawasan terlibat.

Menurut Timbalan Menteri, Datuk Halimah Mohamed Sadique program yang Majlis Perbandaran Kluang (MPK) itu dilihat program yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Penutupan jalan bukan dari jam 7 pagi hingga 7 malam, tetapi bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi. Apa yang kita buat tidak ganggu perniagaan peniaga, tetapi kita beri manfaat kepada rakyat setempat untuk melaksanakan aktiviti riadah di samping menikmati pemandangan di bandar Kluang.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI