PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa bekalan elektrik seluruh Negara akan terputus pada 18 Disember 2016.
Sumber gambar: TNB
SEBENARNYA :
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan posting tersebut yang mendakwa bahawa seluruh negara akan bergelap pada Ahad (18 Dis 2016).
Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Mohd Aminuddin Amin menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan di media sosial.
SUMBER :
Laman Web Tenaga Nasional Berhad