SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor:
JKN Johor menafikan berkaitan mesej berangkai yang tular di aplikasi WhatsApp tentang adanya kes COVID-19 positif dari Bukit Gambir telah pergi ke CIMB Bukit Gambir.
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan pergerakan ke tempat-tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Selain itu, pemakaian penutup muka dan cecair nyahkuman hendaklah diamalkan setiap kali hendak berurusan di tempat awam.