HWKKS Masih Beroperasi Seperti Biasa, Hanya Satu Wad Di Bawah Kuarantin

TULAR:
1209

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah:

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin merujuk kepada mesej yang tular melalui jaringan sosial WhatsApp pada 17 April 2020 berkenaan Notis Perintah Tutup Premis di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu. JKNS ingin menjelaskan bahawa sebagai langkah untuk memastikan jangkitan COVID-19 tidak menular di HWKKS, terdapat satu wad yang diletakkan di bawah kuarantin. Semasa tempoh kuarantin, tidak ada kemasukan pesakit baru dan semua anggota yang bertugas di wad tersebut dikuarantin di kemudahan yang telah ditetapkan oleh JKNS.

Perkhidmatan lain di HWKKS beroperasi seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Siasatan terperinci mendapati jangkitan COVID-19 di HWKKS terhad kepada golongan anggota kesihatan dan kontak terdekat seperti ahli keluarga dan kontak serumah. Orang awam dinasihati untuk tidak panik dan bekerjasama serta memberi sokongan padu kepada usaha JKNS dalam menangani situasi ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI